Monday, February 6, 2012

Sawah Bendang

DI CIPLAK FROM AKAKKU : Cekkeya

Assalamualaikum.

Siyesli, hajat untuk bergambar tepi sawah sangat lama terpendam dalam hati. Pakai baju pink, lepas tuh, tergedek-gedek kejar layang-layang, naik beskal tua kejar kejar dengan orang-orang. Pergghhh, nak best lagi, bawak radio pulak, sambil nyanyi lagu Sudirman. Basikal tuaaaaaa! Ooo Balik Kampung pun best jugak! :) Lagu Nora yang Desa Tercinta tuh punnn okkkayyyyy sangat. Ke kirilah (ahai), Ke kananlah (ahai).

Angan-angan nih memang sangat lama terpendam dan terperap sejak raya tahun 2008 kot. Masa tuh akak aku baru je beli DSLR. Sebuk dok berangan nak pergi ambik gambar tepi sawah kat Sg Buaya tuh. ;)

Jadi, hari ini, 6 Februari 2012, tercapai sudah hajat nak bergambar tepi sawah. Ceh, macam hajat besar je. ehehe. ALHAMDULILLAH. 

Dengan hanya berbekalkan kamera digital OLYMPUS 6.0 MP, maka, inilah hasilnya. ;)

Perasan Model: Cikkawa







Ke kirilah (ahai)
Ke kananlah (ahai)







Tengah tengah syok bergambar, dari jauh tepi jalan tuh, nampak lah satu kereta nak keluar ke simpang. Disebabkan keseganan nak bergambar macam orang beriya benar, berhentilah sekejap. Lambat benar kereta tuh bergerak, dah sampai betul-betul sebelah kitorang, aku dengar orang panggil nama aku, "Yannn!!" dengan muka dia keluar dari tingkap kereta. Perggggh, kawan sekolah menengah seh. Fais*l nama dia. Nasib dia tak tanya, "Kau buat apa kat tepi sawah nih?" Tak ke mati kata-kata aku kat situ? 




Cantik weh pemandangan kat tepi sawah nih. Subhanallah. 


Okkaylah, dah nak MAGHRIB sudah. Ini pun singgah sekejap je, balik dari beli barang kat pekan. Lenkali, kita pergi ambik gambar kat tepi sawah yer, Iyman Amalea. ;) Dadaaaaa. Assalamualaikum.


2 comments:

  1. kim salam model...pewwwiittt... ;)
    cantik mcm sayaaaa :D

    ReplyDelete
  2. model tuh kata ... salammu diterima..ahaks =P

    ReplyDelete